Anonymous
6 tahun
Masalah sakit belakang dan juga badan
Saya sakit belakang sejak dri sekolah rendah.dsbbkn tu sy xblh nk angkat berat atau buat kerja berat…sebab badan sy btambah sakit klau buat macam tu…ada doktor bagitau sy kmgkin sbb sy sakit belakang dsebabkn sy pernah accident motor dulu.sy tcampak dari motor tu dan belakang sy terhentak.doktor tu ckap masalh urat saraf dri kemalangan jadi dia bagi saya xsilap sy lah ubat mecomin. Tp sy makan ubat tu sekejap sahaja sebab dah tak berkesan.saya pernah pergi urut belakang saya.sekejap je okay lepas tu sakit balik.saya dah pernah buat xray…doktor cakap tak ada apa2 masalh dengan tulang…cuma mungkin urat saraf sy je tu…macamana saya nak atasi masalh ni?sekarang sy dh masuk 23…sakit tu masih lagi tak elok. Saya kerja kilang kadang2 kena angkat berat .bila sy nak minta tukar department lain,dia minta surat doctor . .sy nak cakap apa pulak.dsbbkan sakit belakang tu saya berjalan agak menbongok sedikit…tak boleh nak berjalan dengan belakang tegak…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan kesakitan tersebut. Anda mungkin menghadapi masalah sakit tulang, saraf, otot atau organ di sekitar kawasan yang sakit tersebut.
Untuk mengetahui penyebab masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Ujian darah dan imejan juga mungkin akan dijalankan jika perlu.
Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang perkara ini. Anda boleh kunjungi klinik atau hospital terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut.





























