Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah seksual lelaki tulin

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 22, 2021 11:33 AM

Sulit 18 bulan

adakah normal jika zakar tidak mengalami morning wood selepas pancut air mani selama 3hari. Berapa lamakah masa normal zakar menegang ketika bersama isteri

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Ramzdhan 18 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah morning woods dan ingin mengetahui tentang durasi zakar menegang ketika hubungan seks. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai mati pucuk atau lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:

  • Ketidakstabilan emosi (stress)
  • Pengaruh ubat-ubatan
  • Ketagihan merokok
  • Penyalahgunaan dadah
  • Kencing manis
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit jantung
  • Kerap beronani
  • Makanan yang tidak seimbang
  • Kurang bersenam

Menurut kajian yang diterbitkan di laman Jurnal Perubatan Seksual pada tahun 2005, ereksi kebiasaannya berlaku selama 5.4 minit (purata) sewaktu hubungan seks sedang berlangsung. Namun, normal atau tidak durasi ereksi itu bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Usia
  • Tahap kesihatan
  • Aktiviti seksual
  • Jenis ereksi

Secara amnya, individu yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh mengalami ereksi selama 1 jam atau lebih.

Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda:

  • Bersenam
  • Berhenti merokok
  • Makan makanan yang seimbang
  • Mengawal emosi

Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.

Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Dikemaskini pada: Mon Nov 22 2021 11:33:12 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang mati pucuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.