
Sulit
5 tahun
Masalah selepas mencuci rahim
saya bru lepas melakukan dnc, tujuan utk mencuci rahim krn tidak period selepas 3 bulan keguguran. tetapi still ade keluar lendir coklat & apabila memasukkn jari ke dlm terdapat ade keputihan seperti susu mengumpal. kenapa ye dr? adakah klinik tu tdk melakukan cucian yg betul

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Kemungkinan besar tompok coklat tersebut adalah darah nifas anda. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Seandainya anda masih khuatir tentang masalah ini, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.