
Sulit
3 tahun
Masalah sukar tidur Dan kurang fokus
Hye saya remaja perempuan berumur 16tahun saya ada anxiety disorder lately ni saya kurang selera makan , sentiasa menangis tanpa sebab mudah terasa banyak diamkan diri Dan buat haluan sendiri tanpa pedulikan keluarga dan tak fokus bila buat sesuatu perkara apa perlu saya buat Dan macam mana nk berjumpa dgn doctor sekiranya perlu.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah anxiety disorder, menangis tanpa sebab, berdiam diri, tidak memperdulikan keluarga dan tidak boleh fokus. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menerangkan masalah anda.
Simptom-simptom yang telah dinyatakan di atas sangat berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Terdapat pelbagai jenis keadaan di bawah klasifikasi gangguan kesihatan mental yang boleh anda ketahui seperti:
- Anxiety
- Depression
- Bipolar
- OCD
- PTSD
- Psychosis
- Schizophrenia
- Stress
- Personality disorder
Buat pengetahuan anda terdapat pelbagai lagi simptom lain yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan mental, antaranya adalah:
- Perubahan mood yang melampau
- Menyendiri
- Kurang tidur
- Paranoid
- Perasaan ingin membunuh diri
- Halusinasi
- Kemarahan
- Mimpi buruk
- Sukar memahami dan difahami
Sila dapatkan bantuan keluarga anda bagi menerima nasihat doktor, diagnosis yang tepat dan rawatan yang sewajarnya dengan kadar segera agar kesihatan mental anda dapat ditangani. Anda boleh bercakap dengan doktor psikatri atau psychologist untuk tindakan lanjut.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar psikatri kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.