Sulit
2 tahun
Masalah sukar untuk tidur
Hai doc, Saya 19 thun. saya betul2 penat dan fed up dengan masalah saya sekarang ni. Saya ada masalah susah nak tidur sejak saya sekolah menengah lagi. Saya sangat sangat fed up. Online class start pagi and saya hilang focus nk belajar. Saya try untuk tidur awal tapi still tak boleh tidur. Kalau boleh tidur pon mesti sekejap je then terjaga. Saya cuba ubah cara pemakanan saya but still xde progress. What should I do? Tbh I’m totally burned out.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sukar untuk tidur boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Kemurungan
- Peminuman kopi atau teh pada waktu malam
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Berat badan kurang atau berlebihan
- Penyakit gangguan tidur
- Masalah kelenjar (ketidakseimbangan hormon)
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders di talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.