
ummu_hamzah03
4 tahun
Masalah tangan kanan kebas
Hi…abah saya mengalami kebas tangan kanan adakah disebabkan gout? Tekanan darah tinggi abah saya 182/120…agak tinggi…kencing manis 6…kenapa kebas tangan kanan ya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kencing manis
- serangan angin ahmar
- tekanan darah yang terlalu tinggi
- Carpal Tunnel Syndrome
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Kami menyarankan anda agar untuk segera ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Gout tidak menyebabkan gejala tangan kebas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.