
haikal_ruff
6 tahun
Masalah tidak dapat pancut
Saya berumur 30 tahun. Telah berkahwin selama 2 tahun setengah. Masalah saya adalah saya tidak dapat pancut sewaktu bersama dengan isteri walaupun selepas 2 jam bersama. Saya juga merasakan faraj isteri saya ketat hanya apabila dia di posisi atas. Saya tidak rasa rangsangan apabila saya di posisi atas tetapi isteri saya rasa senak. Adakah ini normal atau teknik saya/isteri saya salah?
Saya hanya dapat memuaskan nafsu dengan onani dan isteri saya sedih kerana merasakan dia gagal memuaskan saya. Isteri saya juga memberi kebenaran untuk saya berkahwin lain tetapi saya rasa cara tu tidak menyelesaikan masalah dan saya tiada niat untuk berkahwin lain semata-mata seks.
Harap doktor dapat membantu untuk menyelesaikan masalah saya/isteri saya.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pemahaman saya terhadap gejala yang dinyatakan oleh adalah anda tidak dapat melakukan ejakulasi dan terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini. Antaranya ialah:
Sumbatan: Sumbatan boleh menghalang sperma dari bercampur dengan air mani, menyebabkan ia gagal mencapai telur
Sperma yang tidak tetap: walaupun ejakulasi berlaku tetapi kandungan sperma adalah tidak mencukupi
Varicoceles: Urat menonjol adalah seperti vena varikos yang boleh wujud di kawasan-kawasan lain badan. Varicoceles adalah perkara biasa dan boleh menjejaskan keupayaan untuk melakukan ejakulasi.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.