
Sulit
5 tahun
Masalah tonsil bengkak
Salam sejahtera,
Anak saya berumur 6 tahun mempunyai saiz tonsil yg agak besar. Utk pengetahuan doktor, sejak berumur 1-3 tahun anak saya sering demam kerana tonsil dan pernah ada episod sawan demam. Apabila umur 4-6 tahun dia tidak pernah lagi sakit tonsil dan hanya demam sekejap kerana selesma batuk. Walaubagaimanapun, baru2 ini anak saya kembali diserang sakit tonsil dan demam. Bengkak tonsil memang besar dan bunyi dengkuran semasa tidur agak kuat. Saya risau dia kena sleep apnea, namun begitu dia tidak kelihatan seperti susah utk bernafas. Adakah anak saya perlu buat pembedahan buang tonsil pada umurnya? Apakah risiko dan keburukan jika anak saya dibuang tonsil? Adakah normal seorang kanak2 mempunyai saiz tonsil yg besar jika dia sering kena tonsil sebelum ini?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bagi menjawab persoalan anda, terdapat beberapa kriteria yang akan digunakan doktor hospital sekiranya pembedahan tonsil diperlukan kerana setiap pembedahan mempunyai risikonya dan ini termasuklah pembedahan pembuangan tonsil. Antara kriteria yang digunakan ialah:
- 5 atau lebih radang tonsil dalam setahun
- Simptom lebih dari setahun
- Apnea tidur (“Sleep apnoea”)
- Jangkitan dan nanah tonsil yang membesar
- Mengganggu kehidupan dan pembelajaran pesakit
Antara risiko pembedahan pembuangan tonsil adalah:
- Kecederaan pada tekak - menyebabkan kesukaran menelan makanan/minuman
- Pemdarahan - kawasan tonsil ini sangat sensitif dengan darah
- Kematian bagi 1 dalam 30 000 kes
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.