
fieza_applethink78
6 tahun
Masalah warna najis anak
Anak saya berumur 3 tahun…dua tiga hari ni saya perasan najis anak saya berwarna kuning pucat,adakah itu normal Dr…tq

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis anak biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah anak mempunyai najis yang lebih hijau.
Walaupun najis hijau/mustard biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Najis berdarah
- Demam kuning
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bagi mendapatkan nasihat tentang keadaan anak anda. Terima kasih.