Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah yang tetiba mengigil

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 18, 2021 3:13 PM

Sulit 47 hari

Saya ni perempuan 20 tahun saya nak tanya kenapa badan mengigil ye mengigil yang kalau kita baring pun kita rasa satu badan mengeletar tp tak sejuk kalau tak satu badan mengigil tangan mesti akan mengigil dia jenis mengigil yang kita tak nampak pun mcm mengigil tp rasa ha lebih kurang cantu la sbb tiap kali saya rasa mengigil saya akan letak tangan saya kedepan dan tengok kadang tu tak nampak pun cam mengigil tp rasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Untuk pengetahuan anda, kami kurang jelas dengan kenyataan yang anda berikan. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Keadaan atau cuaca yang sejuk
  • Common cold atau selsema
  • Demam (terdapat pelbgai sebab yang menyebabkan demam dan ini memerlukan pemeriksaan)
  • Psikologi: Keresahan (anxiety), kemurungan (depression)

Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan yang anda sedang hadapi. Kami sarankan anda merujuk kepada doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jan 18 2021 15:13:05 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA