
Sulit
4 tahun
Masih bolehkah mkn pil perancang postinor selepas 72 jam
Hai doktor
Saya nak bertanya?? Saya subur 15hb lepas, suami saya pancutkn air maniny kedlm alat sulit saya. Soalan saya, masih bolehkah ambil pil perancang postinor? Saya dah lama tak mkn pil perancang… Baru smlm saya start ambik pil perancang marvelon…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan cuma berkesan dalam masa 72 jam pertama selepas hubungan seks yang tanpa perlindungan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memeriksa kehamilan dalam anggaran 2 minggu setelah itu untuk memastikan anda tidak hamil. Sekiranya anda hamil, hentikan pil perancang dan jumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.