Sulit
3 tahun
Mata ada keratoconus
Saya ada keratoconus (diagnosed ketika berusia 17 tahun, kini 24 tahun). Mata kanan saya masih boleh corrected menggunakan RGP lens and normal cermin mata. Tetapi mata kiri saya mmg tak clear even kalau pakai cermin mata atau RPG contact lenses. So untuk melihat saya mmg menggunakkan lebih mata kanan (saya memakai normal cermin mata setiap hari). Saya pernah berjumpa dortor pakar utk keadaan saya ini. Doktor tersebut yg mencadangkan RGP lenses utk meningkat kan quality pemandangan tetapi RGP len sangatlah tidak selesa, so saya sudah lama tidak pakai lens tersebut. Saya juga sudah lama dia bertemu dgn dortor pakar kerana sibuk berkerja (last jumpa >1 tahun yg lepas). So, soalan saya, ada kan keratoconus saya boleh menyebabkan saya hilang penghilatan 100%? Ada ke keberangkalian mata kanan saya juga akan menjadi teruk seperti mata kiri?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Keratoconus adalah kondisi di mata lapisan kornea akan menjadi lebih nipis dan hal ini akan mengakibatkan simptom-simptom seperti penglihatan menjadi kabur. Namun, terdapat pelbagai cara untuk merawat penyakit keratoconus.
Adalah amat jarang sekali untuk penyakit ini mengakibatkan buta. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut bagi sebarang kesimpulan di buat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekian terima kasih