
Sulit
3 tahun
Mata bengkak akibat kalazion
saya berumur 18 tahun dan mempunyai beberapa kalazion di mata kiri dan kanan selama hampir dua bulan. saya sudah mencuba ubat klinik tapi tidak berhasil. oleh itu saya membuat keputusan untuk membuat pembedahan kecil pada mata. perlukah saya membuat pembedahan ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah chalazion pada mata kiri dan kanan selama 2 bulan. Anda telahpun mendapatkan rawatan ubat tetapi ia tidak berhasil. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan ubat yang diberikan oleh doktor tidak dapat merawat masalah kalazion anda, maka doktor akan menasihatkan anda untuk melakukan pembedahan kecil di mata untuk mengeluarkan nanah. Anda akan diberikan ubat tahan sakit dan suntikan anestetik sebelum memulakan prosedur tersebut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.