
Sulit
3 tahun
Mata bergerak laju secara tiba2
hi dr, saya nk tanya, kadang2 bila saya fokus mata kt 1 tempat contohnya skrin laptop, mata tiba2 lari fokus, dia gerak kiri kanan laju2. benda ni jadi kat saya dah agak lama, mungkin setahun lebih macamtu. boleh tahu tak kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keadaan di mana mata bergerak laju kiri dan kanan.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini berlaku disebabkan oleh:
a) Ketiadaan keupayaan untuk mengawal pergerakan mata pada usia muda
b) Albinism
c) Masalah rabun dengan kuasa yang tinggi (rabun jauh atau rabun silau)
d) Katarak sejak lahir
e) Radang dalam telinga
f) Ubat-ubatan seperti ubat sawan
g) Penggunaan dadah semasa hamil (3)
h) Penyakit saraf utama (central nervous system)
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .