Sulit
2 tahun
Mata berkedip disebelah kiri
Saya seorang gadis berumur 20 tahun mengalami mata berkedip disebelah kiri sudah hampir 2 minggu dan penglihatan saya juga semakin sensitif dengan cahaya dan agak kabur…ianya amat menganggu…adakah puncanya disebabkan oleh mengunakan gajet terlalu lama kerana saya merupakan seorang pelajar yang sedang belaja secara atas talian
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Lazy eyes
- Masalah neurologikal
- Myasthenia gravis
- Kurang rehat
- Jangkitan otak
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.