Sulit
4 tahun
Mata bertahi bayi 5bulan
Anak saya bayi berusia 6bulan.matanya bertahi di sebelah kiri bermula harini.adakah ia penyakit berjangkit kerana kakakmya pun mata bertahi sebelum itu. Badan anak tidak lah panas… Mungkimkah kekurungan air dalam badannya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata bertahi yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Alahan mata - pada debu, asap
- Jangkitan mata - oleh kuman
- Kemasukan bendasing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta menjejaskan penglihatan anak anda seperti sukar membuka mata, kemerahan mata atau kerap menangis, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.