Sulit
3 tahun
Mata kabur
Salam sejahtera doktor. Bolehkah doktor memberi saranan supplement apa yang baik untuk kesihatan mata orang tua yang mengalami kekaburan. Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur sayuran adalah amat digalakkan bagi membantu anda memiliki penglihatan yang baik dan berkualiti. Manakala mengenai pengambilan vitamin ataupun supplement yang sesuai diambil untuk orang tua perlu mendapat rujukan dan nasihat daripada doktor kerana maklumat dan status kesihatan perlu dikenal pasti bagi menentukan keperluan pengambilan supplement ataupun makanan tambahan. Dikhuatiri supplement yang tidak sesuai boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan orang tua.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu penglihatan ataupun mata kabur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
- strok
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
Memandangkan adanya risiko yang berkaitan dengan sejarah kesihatan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor. Hal ini kerana untuk memberikan rawatan yang tepat, punca haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.