Sulit
2 tahun
Mata kiri saya sakit sangat dan tak mampu nak pegang
saya remaja berumur 17 tahun dan dalam 4 hari ni saya setiap malam menangis dan start kmarin mata kiri saya sakit sngt, nak garu sentuh smua sakit malahan nak buka tutup mata pon sakit. sakit itu bukan di bola mata tapi di bahagian bawah mata yg ada bulu mata tu, dia mcm sakit dekat kulit dalam tu. saya jenis yg jarang sngt untuk menangis. adakah sakit ni sbb saya tiba2 menangis nonstop 4 hari berturut2? terima kasih doktor in advance
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah sakit mata. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Keletihan
- Terdedah kepada cahaya terlalu lama
- Kurang rehat dan tidur
- Pengambilan kafein
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Radang sinus
- Jangkitan Virus dan Bakteria
- Alahan – habuk, debunga atau asap
- Keradangan
- Saluran air mata tersumbat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.