Sulit
4 tahun
Mata masuk habuk dan menjadi pedih
saya berumur 17 tahun . Pada mulanya mata saya masuk habuk dan menjadi pedih selepas itu mak saya meletakkan eye glo tetapi mata saya tetap pedih seperti ada habuk di dalam mata tetapi apabila saya cek di dalam mata saya tiada satu pun habuk .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata pedih yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Kemasukan bendasing yang sangat halus
- Alahan mata pada debu/habuk/asap
- Jangkitan mata oleh kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.