Anonymous
6 tahun
Mata merah , membengkak & gatal
Saya wanita berumur 20an, saya kerap kali mengalami demam. Boleh dikatakan 2-3 kali sebulan. Pada minggu lepas saya demam panas selama 4hari, berlarutan. Saya batuk di awal pagi, tanpa kahak. Selsema berpanjangan, diikuti dengan mata merah & gatal & Membengkak. Selepas saya menghabiskan sepapan antibiotik, kahak saya berwarna. Pertanyaan saya, kenapa mata saya merah & gatal sehingga hari ini?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh berbagai punca antaranya alahan, jankitan mata dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























