
mhdazman744
5 tahun
Mata merah selepas terkena alahan ubat
Saya azman berumur 27 tahun ingin bertanya sebelom ne saya pernah megalamai alahan ubat dah magalami mata merah tetapi tidak sakit selepas berjumpa doctor beliau memberikan ubat titis mata namun tidak lama kemudian mata saya kembali merah terutama di sebelah kanan…saya pernah dimasukan di ward kerana steven jonson syndrome

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit mata yang merah boleh disebabkan:
- Radang - Konjungtiva/uvea/sklera yang disebabkan oleh jangkitan
- Glaukoma
- Kemasukan habuk/objek luar
- Mata kering - kuasa cermin mata tidak cukup/dehidrasi
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.