Sulit
6 tahun
Mata panas, selsema, sakit tekak, sakit dada
Saya ada berjumpa tukang jahit saya(cina) pada 7/3/2020 sebelum saya berjumpa dia untuk menghantar kain saya tidak diberitahu bahawa dia baru pulang dari Korea Selatan, selepas saya pulang ke rumah barulah dia memberitahu bahawa dia sudah 22 hari pulang dari korea selatan.
Selepas itu badan mengalami simptom seperti di bawah :
- Selsema
- Sakit tekak
- Mata panas apabila dipejamkan- selalunya bila keadaan mata saya begini, saya tahu badan mengalami kepanasan/demam.
- Sakit dada- apabila sekarang ini penyebaran COVID 19 rasa takut dan panik menjadikan dada saya sakit dan jantung berdegup laju.
Mohon bantuan Doktor, samada saya perlu ke hospital untuk membuat checkup atau tidak.
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan mengalami sakit tekak, selesema dan sakit dada anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Simptom yang anda alami kini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan pada kerongkong
- Alahan
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































