
hairi_fly160
4 tahun
Mata Putih berdarah tompok merah akibat kena bucu handphone
Mata putih saya ada terlanggar benda iaitu bucu handphone di mata kanan saya.punca adik kecil hempap telefeon depan mata dgn jarak dekat 1cm depan muka…habis mata say sakit jadi bintik tompok merah Dan urat2 mata nmpak merah juga…
Jadi doktor,adakah sakit mata putih berdarah akibat terkena benda tumpul in akan hilang kesan tompok merah Dan lebam itu? Baru jd 2 hari.bila Saya pejam mata sakit sangat…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan berlaku disebabkan kecederaan pada saluran darah di mata anda. Kebiasaannya, sistem badan kita sendiri dapat menghentikan pendarahan tersebut. Namun, jika luka terlalu besar, luka terganggu atau masalah pada sistem darah, mungkin pendarahan akan berlarutan lama dan anda hendaklah pergi ke hospital dengan segera.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.