
rasabd663
5 tahun
Mata rabun sebelah kanan
Salam dan salam sejahtera,saya berumur 28 tahun, saya mempunyai masalah rabun jauh mata sebelah kanan pada awal tahun 2018. Perkara ini bermula setelah saya perasan badan kadang2 tidak seimbang dan mula rasa pening dan loya sakit kepala tapi masa penjamkan mata saya tidak rasa sakit/tegang belakang kepala.Jadi persoalan saya ingin tahu ialah bolehkah saya tidak memakai cermin mata(kadang2 pakai juga cermin mata/pakai masa memandu
kenderaan pd waktu malam) sedangkan saya kadang2 sakit belakang kepala tegang/mata pedih sedikit.Adakah perkara normal untuk rabun jauh sebelah mata kanan yang tidak memakai cermin mata mempunyai masalah tersebut . Adakah ianya tidak berkaitan dengan angin ahmar?!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai cermin mata anda. Hal ini kerana, sekiranya anda sering membuka dan memakai semula cermin mata, power mata anda akan berubah lalu menyebabkan masalah sakit kepala. Namun begitu, bidang kepakaran mata dan optometri adalah di luar kepakaran kami. Sila rujuk kepada optometrist anda atau kepada pakar mata.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami untuk maklumat lanjut. Terima kasih