Sulit
4 tahun
Mata terbojol keluar
Saya lelaki berusia awal 30an, mata sy sepertinya terbojol keluar…mata tidak normal seperti sebelum nie…mata tidak rasa sakit… Pertanyaan sy adalah apakah sebenar penyakit mata yang sy hadapi dan cara pengobatannya? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala mata terbojol keluar adalah agak subjektif. Bagi mendapat tahu darjah terbojolnya mata dalam nilai yang objektif, anda boleh merujuk ke doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dengan alat exophthalmometer.
Mata terbojol keluar dalam istilah perubatan juga dikenalo sebagai exophthalmos. Perawatan bagi kondisi ini bukanlah sederhana. Hal ini kerana, exophthalmos biasanya disebabkan oleh penyakit sistemik (dalaman). Antara penyebab paling sering bagi exophthalmos adalah:
- Graves disease. Iaitu sejenis penyakit yang ditandai dengan kadar hormon tiroid yang tinggi dalam tubuh. Penyakit ini dapat diubati dengan ubat antitiroid.
- Penyakit keradangan orbital (mata). Mata boleh terbojol akibat adanya keradangan otot ataupun pembentukan nanah (jangkitan) di belakang bola mata.
- Masalah saluran darah mata. Di belakang bola mata terdapat saluran darah yang boleh membengkak, tersumbat ataupun bocor sehingga menolak bola mata ke depan.
- Tumor mata. Sekiranya terbentuk ketumbuhan (tumor) di belakang mata, maka ketumbuhan tersebut dapat menolak bola mata ke depan.
- Anomali perkembangan. Ini biasanya terjadi akibat masalah dari bayi/ semasa kecil.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.