
Sulit
4 tahun
Mati pucuk disebabkan onani
Masalah zakar yg tidak boleh menegang dengan lama dan masalah pancut awal kurang dari seminit ini disebabkan ketagihan beronani sejak belasan tahun kini sudah 20+ keatas adakah sya diketegori mati pucuk dan apakah boleh diubati??? Disebabkan ini sya kurang keyakinan diri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan definisi, mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Untuk mengetahui punca serta rawatan kepada masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah