Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mati pucuk kerana saya main dengan alat sulit saya

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 1, 2021 5:11 PM

Sulit 17 bulan

Saya lelaki berumur 16 tahun dan saya rasa saya alami mati pucuk

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Sri Viknarajan 23 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah mati pucuk. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah mati pucuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:

  • gangguan psikologi/emosi
  • sakit jantung
  • darah tinggi
  • kolesterol tinggi
  • obesiti
  • merokok
  • kesan sampingan ubat ubatan

Berkenaan dengan masalah mati pucuk yang anda nyatakan, anda masih muda dan masalah ini biasanya berlaku kepada golongan muda atas faktor gangguan psikologi seperti kebimbangan atau emosi yang lain. Perbuatan melancap atau onani juga boleh menyebabkan zakar anda menjadi semakin kurang sesitif atau cedera dan menyebabkan gejala ini berlaku.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhenti melakukan perbuatan ini dan anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Thu Jul 01 2021 17:11:31 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang mati pucuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.