Sulit

2 tahun

Melakukan perbuatan / percakapan berulang kali

Hai, saya berumur 20 tahun . Saya ingin mengetahui mengapakah saya perlu melakukan sesuatu perbuatan atau percakapan berulang ulang kali sehingga saya berasakan diri saya tenang dan yakin apa yang saya cakap dan perbuatan saya…

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami gangguan obsesif kompulsif. OCD adalah obsessive compulsive disorder yang mana ia adalah merupakan satu cabang penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan. Dalam Bahasa Melayu, ia juga dikenali sebagai penyakit was-was. Ia terdiri dari dua komponen iaitu obsesif dan kompulsif . obsesif bermaksud terjadinya fikiran yang berulang dan menetap terhadap sesuatu yang dapat muncul bila-bila masa sehingga menyebabkan pesakit berasa resah dan tertekan. Kompulsif pula adalah kelakuan atau perbuatan yang berulang sebagai salah satu solusi untuk meredakan obsesif pemikiran seperti yang terjadi diatas. Justeru, OCD adalah gabungan diantara pemikiran obsesif tindak balas kompulsif.

Penyebab kepada OCD adalah terdiri atas kombinasi daripada kelainan neurologi, biologi, genetik (keturunan), kelakuan, kognitif (pemikiran) dan persekitaran. Faktor utama kejadian OCD adalah bahawa terdapat masalah komunikasi di bahagian-bahagian otak yang terkait dengan pembentukan neurotransmitter.

Faktor risiko OCD adalah kecenderungan atau peratusan kemungkinan untuk seseorang itu menghidap penyakit ini. Antara faktor risiko penyakit OCD adalah:

  • Genetik

    • Genetik disini bermaksud, apabila adanya ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa, adik beradik malahan kembar dengan masalah OCD, maka risiko untuk anda terkena OCD adalah semakin tinggi
  • Kelainan otak

    • Biasanya timbul apabila pesakit otak terkait bahagian frontal (depan) seperti akibat stroke atau tumor dibahagian frontal sehingga menyebabkan timbulnya kelainan struktur otak di frontal yang menyebabkan risiko terkena OCD semakin tinggi.
  • Persekitaran

    • Persekitaran bermaksud apabila seseorang mempunyai riwayat trauma atau riwayat penderaan sewaktu kanak-kanak sehingga menganggu komunikasi bahagian-bahagian otak sewaktu usia tumbesaran.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

lelaki%201

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)