Sulit
6 tahun
Membuang air kecil tanpa henti
saya berumur 23 thn dan saya mengalami masalah membuang air kecil yang tidak henti2. Bahagian bawah perut saya rasa pedih dan sentiasa kencing sikit setiap minit sampai tahap saya cuba tahan rasa pedih itu. Saya juga terpaksa mengeluarkan sperma saya takut ada sesuatu menghalang saluran kencing. Apakah yang saya perlu lakukan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Penyakit kencing manis
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Batu karang
Bagi pengetahuan anda, sperma anda akan disimpan di Epididimis, struktur yang terdapat di testis sekiranya tidak diguna. Oleh itu, ianya tidak akan menghalang saluran kencing anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































