
Sulit
4 tahun
Memerlukan pendapat berkenaan Hydatid cyst
Hai Doc,
saya ade sedikit pertanyaan tentang perkara seperti tajuk diaatas.
Di bawah adalah laporan ultrasound saya pada 11 MAY 2020.
“A well defined irregular heterogenous predominantly cystic lesion in the right lobe of liver. No evidence of doughter cysts noted. Mixed hypoechoic and hyperechoic matrix, resembling a ball of wool noted within. no Internat vascularity noted, ?Hydatic cyst”
Mohon pendapat tuan doctor dan ape yg sy perlu lakukan sekarang.
Terima Kasih,
Redza Raship

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
*Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kemusykilan anda . Untuk makluman pihak anda, saya tidak boleh mengulas keputusan ultrasound anda tanpa melihatnya sendiri. Namun, secara am, ayat yang anda nyatakan terdapat ketumbuhan cyst pada hati. Sekali lagi, saya tidak boleh memberi diagnosis anda tanpa melihat imbasan tersebut sendiri kerana intepretasi imbasan boleh berbeza mengikut individu.
anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan lagi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.