
Sulit
4 tahun
Mempunyai gejala mati pucuk
Hello… Saya seorang lelaki berumur 28 tahun… Saya mempunyai gejala mati pucuk @ED semasa melakukan hubungan seksual… Ada ke ubat yang boleh ubat masalah ini tanpa pergi jumpa doktor… Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sebelum memulakan apa-apa rawatan, punca kepada masalah yang anda alami perlu dikenal pasti dahulu. Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah psikologi atau kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Disebabkan itu saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan dahulu punca masalah anda sebelum membeli apa-apa ubat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.