Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Menaikan selera makn dan meningkat tenaga

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 7, 2021 6:10 PM

Sulit 2 bulan

ibu saya berumur 74 tahun, die telah di sah kan positive dan di kuarantin kendiri di rumah…sekarag sudah hari yg ke 10…die telah beransur pulih oxygen 98/86 suhu badannye 36.3c …sekarang masalah nya nafsu makan telah hilang dan badan immune dia masih lemah . apa cadangan utk die menaikan immune die kembali normal…setiap hari die mengambil vitamin c 1000mg cebion brand…tapi beliau masih merasa lemah kurang selera makan … bolehkah ibu saya ambil multivatimin untuk menaikan immune tenaga dan jugak selera makan… jika mengambil multivaitamin…adakah perlu ibu sya kekal untuk mengambil bersama vitamin c dalam masa yang sama. harap dapat memberi cadangan . terima kasih

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kelesuan, kelemahan dan kurang selera makan adalah gejala umum jangkitan Covid, ia akan sembuh setelah virus dalam tubuh telah dihambuskan. Poses penyembuhan biasanya selepas 2 minggu sejak timbulan gejala. Namun, ibu anda boleh ambil multivitamin juga untuk menaikkan imune tenaga serta selera makan beliau.

Sepatutnya, multivitamin mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Walaubagaimanapun, ibu anda masih boleh mengambilnya bersama atau tanpa vitamin c.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Thu Oct 07 2021 18:10:59 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19