Sulit
2 tahun
Menangis dalam tidur
Aslm doc, umur sya 16 tahun perempuan, ibu bapa sya dah lama bercerai setiap kali sya mimpikan ayah sya sedar sedar sya tengah menangis fikiran pun jadi kusut apa tanda ni doc perlukah sya mengambil ubat atau rawatan?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kelihatan seperti anda mengalami masalah gangguan emosi sejak penceraian ibu bapa anda. Masalah berkaitan dengan emosi ini boleh berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan mental ataupun sebagai kesan masalah kesihatan fizikal. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan masalah anda ialah :
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Kekurangan vitamin
- Kemurungan
- Keresahan
- Bipolar mood disorder
- PTSD
Masalah gangguan emosi perlu dirawat dengan segera kerana ia boleh menjejaskan kualiti hidup anda di samping meningkatkan risiko untuk anda membahayakan diri sendiri. Kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah gangguan emosi anda dapat ditangani secepat mungkin. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada hotline di bawah :
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: [email protected]
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: [email protected]
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.