
Sulit
4 tahun
Mencari susu tambahan untuk anak 9y yang kurang berat badan
Anak perempuan saya berumur 9tahun, berat hanya 15kg. Memang dari kecik kurang berat badan.
Bolehkah saya beri dia minum susu nutren junior atau weight gain kids disamping cuba menambah pengambilan makanan.
Anak saya tiada masalah kesihatan lain, kecuali dia kerap bersin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Memandangkan berat badan anak kurang, sangat penting untuk dia tidak kekurangan zat. Oleh itu, tidak ada masalah untuk anda memberi susu kepada anak anda untuk diminum.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.