Sulit
3 tahun
Mencegah kehamilan segera
Dr, sy dalam tempoh pengambilan ubat spironolactone. Tetapi dalam pada itu, terbuat hubungan seks dan telah mengambil ubat postinor2. Adakah tidak menjadi masalah? Adakah betul cara sy dengan mengambil pil pertama segera dan pil kedua selepas 12 jam?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, penggunaan pil perancangan yang anda nyatakan adalah betul.
Di sini saya nyatakan cara tentang pengambilan pil perancang kecemasan seperti yang berikut sebagai panduan:
- Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambil Postinor, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh.
- Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Oleh kerana anda perlu mengambil tablet kedua 12 jam selepas mengambil tablet pertama, anda perlu merancang masa mengikut kesesuaian supaya anda tidak mudah lupa untuk mengambil tablet kedua (contohnya, tidak pada pertengahan malam ketika anda mungkin sedang tidur) dan ambil tablet pertama 12 jam sebelum itu. Ini bermakna anda mungkin perlu tangguh untuk mengambil dos pertama sedikit. Anda harus ingat walaupun anda sudah mengambil tablet pertama, kesan untuk mencegah hamil sudah pun berlaku…
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan ini menyebabkan anda perlu mengambil tablet tambahan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih