Sulit

3 tahun

Mengalami jangkitan di dalam telinga kanan berulang kali - bolehkah titiskan ubat Neo Deca buat sementara waktu?

Saya wanita 25 tahun dan seringkali mengalami jangkitan di telinga yang sama iaitu telinga kanan. Kali ini adalah kali ketiga ianya terjadi.

Pada mulanya , saya rasa sangat gatal dalam telinga dan saya tidak menggunakan putik kapas atas nasihat doktor sebelum ini. Oleh itu, saya bertindak menggosok kawasan luar telinga untuk meredakan kegatalan tersebut. Selepas itu, saya mula berasa kesakitan di dalam dan luar kawan telinga tersebut dan bendenyut-denyut.Saya fikir mungkin sebab saya tidur di atas tangan sambil menindih telinga saya. Tetapi keesokkan harinya cecair kuning keluar dari telinga saya seperti sebelumnya.

Sejarah Jangkitan Sebelum Ini.

Pertama kali terjadi adalah beberapa tahun dahulu di mana saya percaya punca daripada penggunaan earphone. Telinga saya bengkak dan mengeluarkan cecair kuning dan demam. Doktor beritahu jangkitan ini adalah pada kawasan luaran sahaja. Saya di beri ubat titis, bengkak dan antibiotik.

Kali kedua adalah 2-3 bulan yang lalu, kali ini jangkitan di kawasan dalaman telinga. Di mana telinga saya terus terasa penuh dengan cecair dan agak kepekakan serta berdenyut. Puncanya dipercayai dari penggunaan putik kapas. Namun , yang men-triggerkan saya untuk menggunakan putik kapas adalah kerana habit saya yang suka menggerakkan rahang saya sehingga terasa pergerakan di dalam telinga yang menyebabkan telinga saya mengalami kegatalan. Doktor mencuci telinga saya dan memberikan ubat antibiotik, tahan sakit and ubat titis Neo Deca.

Note : Saya tidak menghabiskan ubat antibiotik (takut makan ubat).

Persoalan saya, bolehkah saya menggunakan ubat Neo Deca titiskan ke dalam telinga sebagai rawatan awal sebelum saya mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital?

Persoalan kedua, adakah habit menggerakkan rahang saya tidak baik dan berkaitan dengan telinga, atau bagaimana ? Ini kerana, habit ini yang selalu menyebabkan telinga saya berasa kurang selesa.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, saya tidak dapat memberikan anda cadangan untuk menghilangkan rasa sakit telinga anda kerana punca masalah perlu dikenal pasti supaya dapat memberikan diagnosis dan rawatan yang tepat dan sempurna.

Untuk pengetahuan andaa, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:

  • Jangkitan dalam telinga
  • Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
  • Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
  • Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
  • Kista (“cyst”)
  • Abses atau nanah

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Sakit telinga yang anda alami mungkin serius sekiranya gejala berikut terjadi:

  • Sakit telinga berterusan dan berpanjangan
  • Keluar nanah
  • Telinga bengkak dan kemerahan
  • Kurang daya pendengaran
  • Sakit yang mengganggu aktiviti harian

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Sekiranya terdapat gejala gejala diatas, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

tahi%20telinga%20tersumbat

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)