
Sulit
4 tahun
Mengalami Kebas di bahagian kanan badan, kanan badan, kaki kanan dan muka sebelah kanan secara tiba-tiba semasa sedang bersarapan
Hi doktor…lelaki berumur 64Tahun tiba² mengalami kebas tangan kanan, muka belah kanan, badan belah kanan & kaki belah kanan…tetapi selepas dia menggerakkan anggota badan keadaan kembali pulih sedia kala…Simptom apakah itu doktor??Terima Kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Strok
- Strok sementara (Transient ischemic attack)
- Bell’s palsy
- Sindrom Guillain-Barre
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah lemah separuh badan anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Ingin kami tekankan bahawa keadaan ini memerlukan perhatian doktor dengan segera kerana kami bimbang ia berpunca daripada perkara yang lebih teruk atau boleh memburukkan keadaan sekiranya tidak dibendung dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami berkenaan masalah yang anda alami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.