
Anonymous
4 tahun
Mengalami masalah gigi rosak
Assalamualaikum, saya nak tanya klau hisap vape mmg boleh membuatkan gigi kita rosak ke? Mcm menghakis pun ada. Kuning2 even dah gosok gigi.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah gigi rosak yang anda hadapi boleh disebabkan oleh vape. Vape adalah alternatif yang lebih bagus dibandingkan dengan rokok biasa kerana mengeluarkan lebih sedikit tobacco. Tetapi vape masih mengandungi nikotin yang merosakkan gigi dan gusi. Nikotin boleh menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke gusi. Apabila asap dari vape kena gusi, itu menyebabkan terjadinya proses inflamasi dalam gusi yang boleh menyebabkan penyakit gigi dan gusi seperti periodontitis (infeksi pada gusi).
Kekurangan pengaliran darah pada gusi juga menyebabkan penurunan tahap ketahanan gigi dan gusi untuk melawan infeksi bakteria. Ini akan mempercepat proses infeksi dan proses pereputan gigi. Kehilangan gigi juga boleh terjadi jika vape dalam satu jangka yang panjang. Jadi dinasihatkan anda berhenti dari merokok, vape atau rokok elektronik demi kesihatan gigi anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih