Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mengalami masalah period yg lama dan memgalami period yg tidak teratur. Perkara ini membuatkan saya kurang selesa

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Februari 26, 2021 5:55 AM

Sulit 46 hari

Saya wanita berusia 21 tahun, mengalama period 2 minggu dari 12 Feb 2021 sehingga sekarang. Ini kali pertama saya mengalami period lama sehingga 2 minggu tapi sebelum itu saya pernah 3 bulan tidak period. Dari bulan 11/2020-1/2021,saya selama ini mengalami period yg tidak teratur dari usia 13 tahun.Sekarang ini saya period dengan lama dan pendarahan yg banyak sehingga perlu betukar banyak kali. Apa punca saya period seperti ini ya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Sindrom polisistik ovari atau PCOS
  • Polip atau fibroid rahim
  • Endometriosis atau adenomyosis
  • Ketidakstabilan hormon
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
  • Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
  • Tekanan emosi atau stres

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor dan perlu ditangani dengan segera.

Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.

Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:

  • Jantung berdebar atau berdegup laju (palpitations)
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Lemah dan lesu
  • Pucat
  • Pitam
  • Gejala yang anda alami mengganggu kehidupan seharian dan tidur anda

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Feb 26 2021 05:55:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19