Sulit
3 tahun
Mengalami panas dalam badan
Hi, sy mengalamai masalah panas dalam badan. Lebih dari seminggu sy mengalami panas dlm badan, apakah solusi utk sy redakan panas dlm badan ini? Ada masanya sy jadi susah nak tidur malam gara2 panas dlm badan . Sy sudah cuba minun air penyejuk badan, tp tiada perubahan yg berlaku…dlm badan sy masih lg terasa panas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah badan panas juga boleh disebabkan oleh:
- kehamilan
- masalah hormon tiroid berlebihan
- cuaca panas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda disarankan untuk meminum banyak air agar badan badan tidak ternyah-hidrat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.