Sulit
6 tahun
Mengalami pendarahan ringan ketika mengambil pil perancang keluarga
Saya wanita berusia 31thn dan mempunyai ank 2 orang…sya telah mengambil pil perancang selama 2thn selepas kelahiran ank ke 2…baru-baru ini saya telah mengalami pendarahan ringan ketika pil perancang itu belum habis…masalah saya sekarang darah tersebut sedikit sahaja…ianya akan keluar ketika saya membuang air kecil ataupun korek…adakah ini normal doktor?dan apakah yang perlu saya buat sekarang?adakah berenti mengambil pil perancang atau teruskan pil tersebut?untuk pengetahuan doktor darah tersebut masih ada…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang sememangnya boleh menyebabkan pendarahan. Perkara ini merupakan kesan sampingan yang boleh berlaku kepada segelintir wanita sewaktu mengambil pil tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































