
Sulit
5 tahun
Mengalami penyakit HPV di alat kelamin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berumur 20 an… Mohon maaf menganggu Dr. Boleh panggil saya Alif…begini Dr,selepas saya research by internet, saya rasa saya telah mengalami penyakit HPV di alat kelamin… Ad 3 benjolan ketuat atau kutil yg mana smakin membesar di btg zakar… Dan jugak bintik2 kecikk yg ada pada kulit kepala zakar saya… Adakah ini berbahaya Dr? Apakah saranan dn nasihat yg perlu saya ikuti Dr? Tolong bantu saya Dr…Terima kasih bnyak Dr. Harap dapat membantu saya…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.