
abadibridal77
6 tahun
Mengandung 20 minggu
Saya berusia 42 thn… Mengandung ank ke 6… Usia kandungan sy skg 20 minggu. Dh 2 ari sy luar darah, tapi x banyak,sikit² je… Dan berwrna coklat, apa yg harus sy bt,

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, pendarahan dalam trimester kedua dan ketiga bukanlah perkara yang normal dan anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Antara penyebab pendarahan kecil atau spotting ialah polip di dalam faraj, atau pendarahan selepas melakukan seks dan juga akibat mengangkat barang berat.
Anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor sakit puan anda atau merujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih