
Sulit
5 tahun
Mengandung atsu tidak
Assalam doc. Says wanita 23 tahun dan baru berkhawin. Saya nak tanya jika selepas haid dan kita terus bersama adakah peluang hamil tinggi atau rendah. Saya mempunyai tanda2 hamil seperti pening loya dan selera makin bertambah. Tapi bila saya uji test pregnant. Saya dapati ia negatif. Adakah faktor saya check pada waktu malam? Dan suami saya yakin saya pregnant dgn hanya melihat nadi denyut dileher. Mohon pencerahan. Jika sesorg mengandung blh dilihat dari denyutan nadi lahir. Tq dok

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Sekiranya anda datang haid, kemungkinan mengandung adalah rendah. Petanda kehamilan adalah ketidakdatangan haid, payu dara rasa tegang dan sakit, kerap berasa loya dan ianya haruslah dipastikan dengan ujian kehamilan.
Anda boleh terus ke klinik untuk pengesahan jika anda mengalami tanda-tanda diatas. Jika haid anda teratur dan kini haid lewat untuk beberapa minggu, itu adalah tanda utama kehamilan. Kehamilan tidak boleh dikesan melalui pemeriksaan nadi.
Ujian lain dan pemeriksaan lain bergantung kepada usia kandungan anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.