
Sulit
4 tahun
Mengandung dan keguguran
Saya 26 tahunn, mengandung 8 hari,adakah telah menjadi janin@bentuk? Adakah makan pil perancang boleh menyebabkan keguguran

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, sehingga kini tidak ada kajian yang mengesahkan bahawa pengambilan pil perancang sewaktu mengandung boleh menyebabkan keguguran. Namun, pil peracang sebaiknya dielakkan untuk diambil ketika mengandung kerana ianya dikhuwatiri dapat mengganggu perkembangan janin dalam kandungan. Kontraseptif oral tidak menyebabkan keguguran kerana ia tidak berfungsi dengan cara itu. Anda amat disarankan untuk berhenti pengambilan pil perancang seketika dan memastikan kehamilan anda dengan membuat ujian air kencing kehamilan/ rujuk kepada seorang doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih