
Sulit
3 tahun
Mengandung(nenas batu)
Kalau mengandung boleh ke minum nenas batu? Klau minum ada kesan2 sampingan tak?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, nenas batu lebih dikenali sebagai buah pain (pine cone) adalah buah yang selamat untuk konsumsi. Setakat ini, tiada kajian serta kes yang menunjukkan petanda bahaya atau kesan sampingan membimbangkan kepada ibu mahupun kandungan. Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis pokok pain beracun serta makanan yang perlu dielak ketika mengandung:
Pokok Pain Beracun
Nama saintifik bagi beberapa pokok pain beracun adalah Pinus Ponderosa, Pinus Contorta serta pokok Yew. Spesis pain ini perlu dielak kerana ia beracun bagi manusia serta binatang.Ikan serta Hidupan Laut yang Mengandungi Merkuri
Makanan laut adalah sumber protein dan omega-3 yang elok tetapi sesetengah ikan serta kerang-kerangan yang mengandungi merkuri dan membahayakan kandungan. Umumnya, semakin besar dan tua ikan tersebut, semakin tinggi kandungan merkuri. Seperti ikan tenggiri, ikan marlin serta jerung.Makanan Mentah
Makanan mentah atau tidak masak sepenuhnya juga merbahaya bagi kandungan kerana potensi jangkitan bakteria yang tinggi. Ini termasuk daging lembu, kambing, ayam, telur, ikan dan kerang-kerangan. Sentiasa pastikan penyediaan makanan dalam keadaan bersih dan dimasak dengan sempurna.Kafein Berlebihan
Jumlah kafein harian yang disyorkan adalah kurang daripada 200mg sehari bagi ibu hamil.Sayur atau Buah-buahan Tidak Berbasuh
Susu Mentah Tidak Pasteur
Teh herba
Pengambilan Gula atau Lemak Berlebihan
Alkohol
Mengenai diet yang sesuai semasa hamil, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor dan pakar kesihatan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.