
Sulit
5 tahun
Mengandung selepas 3 kali czer
Assalamualaikum, saya berumur 22 tahun, mempunyai 3 prev scar. Jarak anak 1 dengan 2, 3 tahun. Jarak anak ke 2 dengan 3, 1 tahun lebih.
Kini sy mengandung kali ke 4 dlm masa 1 tahun 5 bulan lepas czer anak ke 3 Dan kandungan sy mungkin berusia 2 bulan atau kurang
Semasa czer anak ke 3, doc menyuruh saya untuk terus ikat tapi keluarga saya tak setuju kerana umur sy yg muda.
Dlm buku merah anak ke 3 juga ada menyatakan risiko rahim pecah dan uri melekat untuk kandungan seterusnya.
Jadi, soalan sy adakah kandungan ke 4 sy ni membahayakan nyawa saya?
Sy sangat takut kalau terjadinya rahim pecah
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah risiko untuk kepecahan rahim sekiranya anda melahirkan anak keempat secara normal tanpa pembedahan.
Terdapatlah kemungkinan juga boleh mengalami kesan seperti:
- Perlekatan uri
- Plasenta Previa (Uri di bawah)
- Pendarahan berlebihan selepas kelahiran anak
- Perlekatan luka pembedahan di permukaan tisu sekeliling
- Risiko trauma kepada organ sekeliling
- Kesan sampingan ubat anesthesia
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.