
Sulit
3 tahun
Mengandung selepas vaksin
sy baru sahaja selesai 2 dos vaksin sinovac dan didapati hamil 4 miggu…adakah bahaya dan beri kesan smpingan???utk pengetahuan sy ada mengalami sesak nafas sedikit selepas vaksin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, ibu mengandung adalah tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, oleh itu mereka perlu divaksin dengan kadar segera. Vaksin Sinovac adalah antara vaksin Covid-19 yang selamat digunakan untuk wanita mengandung. Menurut garis panduan yang dikeluarkan KKM, vaksin ini boleh diberikan dalam 14-33 minggu kehamilan. Memandangkan anda telahpun mengambil dua dos vaksin Sinovac sebelum mendapat tahu anda hamil, anda tidak perlu risau kerana ia tidak akan membawa kesan kepada kandungan anda.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar ibu dan anak untuk mendapatkan nasihat selanjutnya. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini