
Sulit
4 tahun
Mengapa selepas membuat exercise saya rasa mengantuk dan terus tertidur? Adakah exercise yang saya lakukan tidak sesuai dengan badan saya?
Saya wanita berusia 36 tahun dan baru melahirkan anak 10 bulan yang lalu. Berat sekarang 73kg dan ingin menurunkan berat badan. Exercise yang saya lakukan di rumah seperti zumba, skipping dan membuat kerja2 rumah seperti mencuci, memasak dan lain-lain. Saya cuba membuat IF 12 hingga 14 jam sehari di samping mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan pengambilan karbo, gula dan makanan bergoreng.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, senaman dan aktiviti yang dilakukan anda itu boleh tergendala dengan kekurangan tenaga dan stamina yang dicukupi, walaupun telah melakukannya pada setiap hari sebagai latihan untuk menyesuaikan badan. Pada pendapat kami, masalah yang anda alami ini mengenai keletihan boleh disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang kerana anda telah memaklumkan bahawa anda telah mengurangkan pengambilan karbohydrat dan gula dalam permakanan dan mungkin anda telah mengamalkannya secara mendadak dan drastik.
Badan kita memerlukan tenaga daripada pemakanan yang mengandungi nutrisi karbohydrat dari masa ke semasa. Keletihan dan kurang stamina boleh terjadi sekiranya anda tidak mengambil makanan berkarbohidrat yang mencukupi untuk menjalani aktiviti harian. Sekiranya anda ingin menurutkan badan dengan berlapar, kami tidak sarankan anda untuk mengamalkan seperti berikut kerana:
Walaupun dengan berlapar dimana badan kita akan bertindak untuk menggunakan lemak sebagai tenaga yang disimpan dan ini boleh membakar lemak kita secara langsung, ia juga boleh menyebabkan kadar metabolisma kita rendah, dan ini boleh menyebabkan keletihan yang berlebihan serta senaman yang tidak efektif untuk membakar lemak dan boleh menyebabkan stamina yang kurang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.