Sulit
2 tahun
Mengapakah sayA cepat penat.,selalu sakit tumit kaki dan sentiasa sakit kepala
Saya mimiey.saya berumur 20 tahun.sudah berkhwin dlam 3 bulan.saya nak tanya doktor,kenapa saya cepat raza penat,selalu sakit tumit kaki dan sentisa sakit kaki?.bolekah doctor berikan keterangan kepadaa saya…trima kasih😊
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda cepat berasa penat dan mengalami kesakitan pada bahagian kaki. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kemungkinan anda cepat berasa letih disebabkan oleh :
- Kekurangan tidur
- Gangguan tekanan
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Anemia
- Melakukan aktiviti fizikal yang berat
Manakala gejala sakit kaki anda boleh disebabkan oleh :
- Berat badan yang berlebihan
- Masalah otot dan sendi
- Berdiri untuk masa yang panjang
- Pemakaian kasut yang tidak sesuai
- Kecederaan pada bahagian kaki
Ini adalah jawapan secara umum dan anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian mengenai masalah ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.